Psikologi Pendidikan dalam Dakwah Islamiah
คำสำคัญ:
Psikologi Pendidikan, Dakwah Islamiah, Perpaduanบทคัดย่อ
Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan asas penting dalam menjamin keharmonian dan kestabilan negara. Dalam konteks dakwah Islamiah, pendekatan psikologi pendidikan dapat berperanan besar dalam membina perpaduan melalui kefahaman mendalam terhadap tingkah laku, emosi dan keperluan pendidikan individu. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti bagaimana elemen psikologi pendidikan dapat dimanfaatkan dalam menyampaikan mesej dakwah yang lebih berkesan serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan pengumpulan data melalui temu bual mendalam. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan prinsip psikologi pendidikan, seperti empati, komunikasi dua hala, dan gaya penyampaian yang sesuai dengan tahap perkembangan audien, mampu meningkatkan keberkesanan dakwah dan seterusnya menyumbang kepada pengukuhan perpaduan. Disamping itu, penggabungan Psikologi Pendidikan dalam dakwah Islamiah bukan sahaja memperhalus pendekatan penyampaian mesej agama, tetapi juga berupaya merapatkan jurang perbezaan antara individu serta membentuk masyarakat yang lebih bersatu padu. Oleh itu, para pendakwah dan institusi pendidikan disarankan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam bidang Psikologi Pendidikan sebagai sebahagian daripada latihan dakwah secara holistik.
เอกสารอ้างอิง
al-Ghazali. (2005). Ihya’ Ulum al-Din. Damsyik: Dar al-Fikr.
Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. Los Angelis: Bantam Books.
Khoo, G. C. (2002). Reclaiming Adat: Contemporary Malaysian Film and Literature. Malaysia: UBC Press.
Maslow, A. H. (1943). A Theory of Human Motivation. Psychological Review, 50(4), 370–396.
Rukun Negara Malaysia. (1970). Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Selangor: Printer Interpirce.
Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Intrinsic and Extrinsic Motivations: Classic Definitions and New Directions. Contemporary Educational Psychology, 25(1), 54–67.
Santrock, J. W. (2011). Educational Psychology (5th ed.). United States: McGraw-Hill Education.
Shamsul Amri Baharuddin. (2006). Unity in Diversity: Ethnic Relations in Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia Press.
Slavin, R. E. (2018). Educational Psychology: Theory and Practice. BTS Norway: Pearson Education.
Zakaria Stapa (2003). Psikologi Dakwah. Bangi: Penerbit UKM.
ดาวน์โหลด
เผยแพร่แล้ว
รูปแบบการอ้างอิง
ฉบับ
ประเภทบทความ
สัญญาอนุญาต
ลิขสิทธิ์ (c) 2025 มนารอ : วารสารประเด็นอิสลามร่วมสมัย

อนุญาตภายใต้เงื่อนไข Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.