Pencapaian Pengurusan Zakat di kalangan Minoriti Muslim Bangkok
Pencapaian Pengurusan Zakat di kalangan Minoriti Muslim Bangkok Achievement of Zakat Management among the Muslim Minority in Bangkok
คำสำคัญ:
Pencapaian, Minoriti, Agihan, Implikasiบทคัดย่อ
Pengurusan zakat yang cekap dan berkesan dituntut oleh ajaran agama Islam. Tamadun Islam menunjukkan banyak usaha dan inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan pengurusan zakat berada pada tahap yang cemerlang demi memastikan hikmah pelaksanaannya memberi kesan terhadap pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam sepanjang sejarah. Bagi masyarakat Muslim di Thailand, pengurusan zakat berada pada tahap yang sederhana dan tidak sistematik. Kesedaran tanggungjawab berzakat di kalangan masyarakat Islam di Thailand masih di tahap rendah. Kajian ini menganalisa pencapaian Kutipan dan Agihan yang dihadapi oleh tiga institusi pengurusan zakat di Bangkok hari ini iaitu Majlis Agama Islam Bangkok, Yayasan Pusat Islam Bangkok dan Yayasan Islam Santichon Bangkok. Ketiga-tiga institusi ini menjadi wadah dalam menyempurnakan kewajipan berzakat oleh masyarakat di Bangkok. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif berasaskan kepada metod analisis dokumen secara induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan institusi pengurusan zakat di Bangkok telah wujud dan memainkan peranan dalam proses kutipan dan agihan zakat kepada golongan yang memerlukan. Namun, pencapaian pengurusan zakat di tiga institusi pengurusan zakat tersebut adalah di tahap sederhana. Implikasi kajian memberi pendedahan terhadap pencapaian pengurusan zakat di Bangkok hari ini serta penambahbaikan pada masa akan datang.
เอกสารอ้างอิง
Binkasan, B. (2016). Laporan Kutipan Zakat di Yayasan Islam Santichon Bangkok. Bangkok: Yayasan Islam Santichon Bangkok.
Boochom, A. (2016). Laporan Kutipan Zakat di Majlis Agama Islam Bangkok. Bangkok: Majlis Agama Islam Bangkok.
Matlulim, S. (2016). Laporan Kutipan Zakat di Yayasan Pusat Islam Bangkok. Bangkok: Yayasan Pusat Islam Bangkok.
TEMUBUAL
Ali, I. (2016). Temubual pada tarikh 12 Ogos 2016.
Binkasan, B. (2016). Temubual pada tarikh 30 Ogos 2016.
Boochom, A. (2016). Temubual pada tarikh 18 Ogos 2016.
Matlulim, S. (2017). Temubual pada tarikh 25 Ogos 2016.
Santhisath, I. (2016). Temu bual pada tarikh 8 Ogos 2016.
Wongsan, P. (2016). Temu bual pada tarikh 12 Ogos 2016.
Yutasamut, A. (2016). Temu bual pada tarikh 28 Ogos 2016.