Faktor Penglibatan Masyarakat Islam Tiga Wilayah Sempadan Selatan Thailand dalam Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir dan Kefahaman Terhadap Status Hukum
คำสำคัญ:
Burung Ketitir, faktor Penglibatan, Status Hukumบทคัดย่อ
Pertandingan sukan tradisional berasaskan seni suara burung ketitir adalah popular dalam kalangan masyarakat Islam di tiga wilayah Selatan Thailand. Ini boleh dilihat, apabila aktiviti ini dipertandingkan hampir setiap hari kecuali hari Jumaat di kebanyakan tempat dan daerah. Kekeliruan masyarakat Selatan Thailand mengenai pertikaian para ilmuan agama tempatan terhadap status hukum menjadikan pertandingan burung ini masih aktif sehingga ke hari ini. Kertas ini membincangkan faktor penglibatan pertandingan dan tahap kefahaman peserta pertandingan burung tentang kedudukan hukum dalam pertandingan. Kertas ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual terhadap 9 peserta pertandingan dan pemerhatian ikut serta di lokasi pertandingan. Kajian mendapati faktor minat atau kegemaran diri, faktor sosial, faktor mempromosi burung, faktor ekonomi dan hadiah sebagai faktor penglibatan pertandingan burung ketitr. Kajian juga mendapati rata-rata peserta masih berbeza pandangan terhadap status hukum pertandingan burung iaitu, harus hukumnya, kurang baik dalam beberapa aspek, tidak tahu dan mengandungi unsur perjudian kerana melibatkan bayaran yuran dan hadiah yang diambil dari sumber yuran tersebut.
เอกสารอ้างอิง
Ashraf bin Mh. Hashim. (2003). Konsep Pertandingan dan Hadiah di dalam Islam. Jurnal Syariah. 11(2): 95-116.
Azman Ab Rahman. (2007). Pertandingan Kontemporari Menurut Perspektif Islam. Kolej Universiti Islam Malaysia: Negeri Sembilan.
Al-Bajuri, Ibrahim bin Muhammad. (1974). Hashiyah al-Bajuri ‘Ala Sharh Ibn Qasim. Bayrut: Dar al-Ma‘rifah.
Balhaji, Abd al-Samad bin Muhammad. (2004). Ahkam al-Musabaqat fi al-Sharii‘ah al-Islamiyyah wa Tatbiqatih al-Mu‘asarah. Urdun: Dar al-Nafa’is.
Chai Pothisita. (t.th). Sat Lek Sinlp Haeng Kan Vijai Cheang Khunapap. (Bahasa Thai), Cet: 3, Mahidon Universitiy: Institute People of Resource and Social.
Mallika Khananurak. (2006). Nok Khau Chawa Nok Krong Hua Juk. Bangkok: Odean Store.
Mohamad Surya. (2014). Psikolgi Guru. Bandung: Alfabeta.
Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif; Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Al-Qaradawi, Yusof. (2014). Fiqh Hiburan dan Rekreasi. (Terj:Fauwaz Fadzil). Kuala Lumpur: PTS ISLAMIKA.
Rujukan Temubual
Abdulrahman Toklong, Guru Agama sekolah Ma’had al-Muhammadi Kersik, Pattani diwawancara pada 29/10/2013.
Asae Semelar, Penganjur dan Pengadil Pertandingan Burung Ketitir, diwawancara pada 11/12/2014.
Hj Ismail Bendang Badam, Penasihat Majlis Ulama Fatoni Darussalam, diwawancara pada 2/2/2013.
ดาวน์โหลด
เผยแพร่แล้ว
รูปแบบการอ้างอิง
ฉบับ
ประเภทบทความ
สัญญาอนุญาต
ลิขสิทธิ์ (c) 2022 มนารอ : วารสารประเด็นอิสลามร่วมสมัย

อนุญาตภายใต้เงื่อนไข Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.