Integrasi Psikologi Pendidikan Islam dalam Meningkatkan Penghargaan Kendiri dan Implikasinya Terhadap Kepuasan Kerja Dakwah
คำสำคัญ:
Psikologi Pendidikan Islam, Penghargaan Kendiri, Kepuasan Kerja Dakwahบทคัดย่อ
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka peranan integrasi elemen psikologi pendidikan Islam (PPI) dalam memperkukuh penghargaan kendiri penggerak dakwah serta implikasinya terhadap peningkatan kepuasan kerja dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan yang bersifat kualitatif. Data dikumpul daripada sumber primer seperti kitab Ihya' Ulumuddin dan sumber sekunder daripada artikel jurnal terindek serta tesis antara tahun 2015 hingga 2025. Proses analisis data dilakukan melalui analisis kandungan kualitatif yang bersifat deskriptif analitikal menggunakan teknik analisis tematik dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa PPI berfungsi sebagai asas pertahanan mental melalui proses Tazkiyah al-Nafs (penyucian jiwa) dan Tarbiat al-Aql (pendidikan akal). Integrasi ini berjaya meningkatkan penghargaan kendiri berteraskan tauhid (izzah) yang tidak bersandar kepada pujian manusia, sebaliknya kepada ketaatan kepada Allah. Seterusnya, hal ini membawa implikasi positif terhadap kepuasan kerja dakwah yang bersifat transendental, di mana tugasan dilihat sebagai peluang ibadah yang berasaskan konsep Ikhlas dan Ihsan. Implikasi kajian ini menekankan keperluan mendesak bagi institusi dakwah untuk merekayasa modul latihan kepimpinan dan pembangunan insan yang menyuntik elemen psikologi Islam secara formal. Selain itu, kajian ini menyarankan agar kurikulum pendidikan Islam di peringkat tinggi mengintegrasikan PPI sebagai subjek teras bagi melahirkan graduan yang memahami dinamika jiwa manusia dan mempunyai daya tahan dalaman yang ampuh
เอกสารอ้างอิง
Ab. Halim Tamuri. (2010). Islamic education teachers' perceptions of the teaching of akhlaq in Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education, 36(2), 371-386.
Mahat, M. A. & Othman, M. K. (2023). Primary school standard curriculum (kssr) Islamic education: Issues and challenges facing industrial revolution 4.0. International Journal of Modern Education, 5(17), 309-318.
Al-Ghazali, A. H. (2010). Ihya’ Ulumuddin. Al-Hidayah.
Alamsyah, A., Rahmat, M., Tandigego, K. R. & Najib, M. A. et. al. (2024). Fostering religious tolerance in students through children's spirituality (cse) education. EDUKASI: Jurnal Penelitian Pendidikan Agama dan Keagamaan, 22(1), 57-78.
Fajriansyah, M. T. & Amirudin, N. (2025). The role of islamic religious education teachers in increasing the self-confidence of students with special needs at smp muhammadiyah 4 kebomas gresik. Jurnal Hadratul Madaniah, 12(2), 32–40.
Selviani, A. M., Nafisah, A. Z., Firabiawwalia, S. S. & Dian, N. (2024). Kepuasan kerja dalam perspektif pendidikan Islam. Attractive : Innovative Education Journal, 6(3), 423-433.
Krippendorff, K. (2018). Content analysis: An introduction to Its methodology. Sage Publications.
Zed, M. (2014). Metode Penelitian Kepustakaan. Yayasan Pustaka Obor Indonesia.
Zulkifli, Z., Mohd Hashim, I. H. & Yahaya, M. (2021). Hubungan antara kecerdasan sosial dan kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja: Satu kajian rintis. Journal of Human Development and CommunicationVolume, 10(2), 89-98.
Fadhillah, M. (2025). Al-quran dan ilmu jiwa; Perspektif psikoterapi Islam dalam kesehatan mental kontemporer. Al-Fathanah: Jurnal Studi Islam dan Pendidikan Agama Islam, 5(1), 53-66.
Sa’ari, C. Z. & Harun, N. U. (2018). Self-esteem in shaping youth personality from islamic psycho-spiritual perspective. Journal of Usuluddin, 46(1), 71-86.
ดาวน์โหลด
เผยแพร่แล้ว
รูปแบบการอ้างอิง
ฉบับ
ประเภทบทความ
สัญญาอนุญาต
ลิขสิทธิ์ (c) 2025 มนารอ : วารสารประเด็นอิสลามร่วมสมัย

อนุญาตภายใต้เงื่อนไข Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.