Perspektif Didaktik Islam Dalam Novel Pewaris

ผู้แต่ง

  • Sahidin Nitiphak Faculty of Liberal Arts, Princess of Naradhiwas University, Narathiwat

คำสำคัญ:

Didaktik, Novel, Pengajaran

บทคัดย่อ

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan didaktik keislaman dalam novel Pewaris (1995) karya Rahimidin Zahari yang memberikan pengajaran secara langsung memiliki pola cerita kronologi bersistematik pada pengembangan fikiran yang berlandaskan ajaran Islam. Novel Pewaris memberi focus terhadap seorang pendakwah yang kerjayanya tetap diteruskan kepada ummah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, ugutan dan fitnah. Maka novel Pewaris ini berfungsi sebagi alat untuk menyampaikan dakwah Islam kepada Khalayak. Semakin baik didaktik, semakin berhasil pencapaiannya. Oleh itu kajian ini bertujuan menjelaskan konsep didaktik perspektif Islam melalui watak Bagia Shaif yang tertera dari sikap senantiasa mengerjakan amal ibadat, selalu syukur kepada Allah dan cekal menyebarkan ilmu agama kepada orang lain. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif seperti kajian kepustakaan dengan menggunakan deskriptif analisis. Berdasarkan kajian didapati bahawa novel Pewaris diketengahkan tentang motif secara langsung dan tidak langsung yang sesuai menjadi pedoman dalam pengajaran dan pembelajaran, berinisiatif, sikap ikhlas dan fikiran positif wajar diteladani kepada orang lain.

เอกสารอ้างอิง

Abdul Aziz Itar. (2008). S.Othman dan Sastera Islam. Kuala Lumpur : Utusan Malaysia.

Ab. Aziz Mohd Zin. (1999). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Flick, Uwe. (2007). Designing Qualitative Research. London : SAGE Publications.

Hamalik Oemar. (2001). Proses Belajar Mengajar. Bandung: Bumi Aksara.

Jum’ah Amin Abdul Aziz. (2005). Fiqh Dakwah Prinsip dan Kaedah Asasi Dakwah Islam. Abdus Salam Masykur, (terjemah). Solo: Era Intermedia.

Maniyamin bin Haji Ibrahim. (2005). Citra Takmilah: Analisis Terhadap Kumpulan Puisi Islam. Shah Alam: Karisma Publications.

Mustafa Muhammad al-Thahhan. (2017). Gurunya Umat Manusia : Belajar Metode Nabi Mengajar. Jakarta : Yayasan Mitra Netra.

Rahimidin Zahari. (2012). Pewaris. Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan & Buku Malaysia.

Rothgangel, M., and J. Vollmer. (2020). Towards a Theory of Subject-Matter Didactics. Research in Subject-Matter Teaching and Learning (RISTAL), 3(2): 126–151.

Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia dan Habibah Artini Ramlie. (2019). Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Terhadap Banduan Di Penjara Sandakan: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Al-Hikmah 11(2): 68-87.

Siti Hawa Haji Salleh. (2002). Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Rashid Ahmad. (2020). KLWBC 2020: Rahimidin Zahari budak kurus yang sepi. Astro Awani. Bahan diakses pada 2 Disember 2022, daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/klwbc-2020-rahimidin-zahari-budak-kurus-yang-sepi-243306.

ดาวน์โหลด

เผยแพร่แล้ว

2022-12-31

รูปแบบการอ้างอิง

Nitiphak, S. (2022). Perspektif Didaktik Islam Dalam Novel Pewaris. มนารอ : วารสารประเด็นอิสลามร่วมสมัย, 3(2), 108–120. สืบค้น จาก https://so06.tci-thaijo.org/index.php/M-JICI/article/view/260150

ฉบับ

ประเภทบทความ

บทความวิชาการ