Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Aktif Terhadap Penguasaan Pengucapan Awam dalam Bahasa Melayu dan Keyakinan Diri Pelajar Jurusan Bahasa Melayu Universiti Thaksin
คำสำคัญ:
Pembelajaran aktif, Pengucapan awam, Keyakinan diri, Pembelajaran bahasaบทคัดย่อ
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada kajian terhadap tahap penguasaan pengucapan awam dalam bahasa Melayu dan tahap keyakinan diri di kalangan pelajar Jurusan Bahasa Melayu, Universiti Thaksin dengan melalui pendekatan pembelajaran aktif (PA) dalam bentuk kajian kuantitatif. Kajian ini dilakukan berdasarkan dua objektif, iaitu untuk mengenalpasti tahap penguasaan pengucapan awam dalam bahasa Melayu pelajar Jurusan Bahasa Melayu, Universiti Thaksin berdasarkan pendekatan PA dan untuk mengenalpasti tahap keyakinan diri pelajar sewaktu melakukan pengucapan awam dalam bahasa Melayu pada situasi tertentu. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif melalui kaedah tinjauan terhadap sampel yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Responden terdiri daripada pelajar Jurusan Bahasa Melayu tahun empat, Universiti Thaksin. Borang soal selidik digunakan terhadap 30 orang responden yang mengambil kursus Pengucapan Awam untuk mendapat data mengenai keyakinan diri dalam pengucapan awam. Latihan pengucapan awam mengikut situasi tertentu juga digunakan dan dinilaikan untuk meninjau pencapaian penguasaan bahasa Melayu responden. Data yang dikumpul dianalisa menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 17.0. Penganalisaan data yang digunakan adalah menggikut kaedah deskriptif iaitu dalam bentuk diskriminasi, peratusan, sisihan piawai dan ujian-t (Dependent Sample). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa setelah pelajar didedahkan dengan pembelajaran PA, pencapaian dalam pengucapan awam mereka adalah pada purata =11.40 yang mana puratanya jauh lebih tinggi daripada sebelum didedahkan dengan PA, iaitu puratanya hanya
=9.43. Ini bermakna pelajar mencapai kemajuan penguasaan bahasa Melayu yang munasabah selepas pendekatan PA diterapkan ke dalam pembelajaran mereka. Tahap keyakinan diri dalam pengucapan awam, didapati bahawa kebanyakan pelajar menilai keyakinan diri mereka dalam kebanyakan aspek pada tahap sederhana dengan purata hanya
=3.50 sahaja. Penemuan kajian ini membuktikan bahawa terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kelemahan pengucapan awam dalam bahasa Melayu di kalangan responden. Di antaranya, kebanyakan mereka tidak mempunyai asas bahasa Melayu, tidak mempunyai ruang untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu, kurang berlatih dalam aktiviti kemahiran berbahasa dan tidak berkeyakinan diri dalam berbahasa Melayu.
เอกสารอ้างอิง
Abdul Mua’ti dan Zamri Ahmad. (2015). Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rashid Mohamed dan Mohamad Daud Hamzah. (2005). Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20(2):153-167.
Arshad Md. Ghaus. (2003). Teknik pengucapan dan penyampaian yang berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Aziz Nordin dan Mohamad Arif Abdul Rani. (1995). Cabaran Kepada Guru Yang Memasuki Universiti Teknologi Secara Terus Dan Melalui Kejuruteraan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Bishop, J.B., Bauer, K.W., & Becker, E.T. (1998). A survey of counseling needs of male and female college students. Journal of College Student Development, 39(2): 205-210.
Bonwell, Charles; Eison, James. (1991). Active Learning: Creating Excitement in the Classroom. ERIC: The George Washington University.
Bunchom Srisa-ad. (2003). Asas Penyelidikan (Kan Vijai Beangton). Bangkok: Suriyasarn.
Dee Fink, L. (1999). Active Learning, Reprinted with Permission of the Oklahoma Instructional Development Program. Diperoleh pada 15 Oktober 2016 dari laman web http://www.edweb.sdsu.edu/people/bdodge/ Active/Active Learning.html.
Dede Rosyada. (2004). Paradigma Pendidikan Demokratis. Jakarta: Prenada Media.
Eddie Rosyadie. (2007). Juara Pentas!: Panduan Praktikal Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama.
Edgar Dale. (1969). Audio-Visual Methods in Teaching (3rd Ed.). New York, USA: Holt, Rinehart and Winston.
Erman Suherman. (2003). Strategi Pembelajaran Matematika Kontemporer. Jakarta: Universitas Pendidikan Indonesia.
Hunt, Qary T. (1987). Public Speaking (2nd ed). Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall. Inc.
John W. Best and James V. Kahn. (1986). Research in Education (9th Edition). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.
Johnson, D. W & Johnson, F.P. (2001). Joining Together: Group Theory and Group Skills. Boston: Allyn&Bacon.
Knight, C., Gasevic, D. & Richards, G. (2005). Ontologies to Integrate Learning Design and Learning Content. Journal of Interactive Media in Education in Special Issue on Advances in Learning Design, 8(7): 123-135.
McKeachie W.J. (1986). Teaching Tips: A Guidebook for the Beginning College Teacher. Boston: D.C. Health.
McCroskey, J.C. (1970). Measures of Communication-Bound Anxiety. Speech Monographs, 37(2): 269-277.
McCroskey, J.C. & McCroskey, L.L. (1988). Self-report as an approach to measuring communication competence. Communication Research Reports, 5(2): 108-113.
Meyers, C. & Jones, T. (1993). Promoting Active Learning: Strategies for the College Classroom. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Mohd Effendi dan Ewan Mohd Matore. (2010). Hubungan Antara Faktor Demografi Terhadap Fobia Pengucapan Awam Dalam Kalangan Pelajar Politeknik: Suatu Kajian Awal. Journal of Human Capital Development, 3(1): 23-45.
Mohd Shariff, M.S. (1999). Tahap Keyakinan Diri Guru-Guru Lulusan STP (Kejuruteraan awam, elektrik dan jentera) UTM Dalam Mengajar Mata Pelajaran Kejuruteraan Dan Bukan Kejuruteraan Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Negeri Pulau Pinang: Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Mulyasa, E. (2004). Kurikulum Berbasis Kompetensi (KBK), Konsep, Karakteristik dan Implementasi. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid, Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28): 28-51.
Nurhayati, E. (2008). Skripsi: Pengaruh Penggunaan Metode Belajar Aktif Tipe Team quiz Terhadap Minat Belajar Dan Hasil Belajar Kuntansi Siswa Kelas X Ak Smk Negeri 3 Jepara Tahun 2006/2007. Indonesia: Universitas Negeri Semarang.
Petty, G. (2004). Active Learning Work: the evidence. Diperoleh pada 15 November 2016 dari laman web http://www.geoffpetty.com.
Pollio, H.R. (1984). “What Students Think About and Do in College Lecture Classes” dalam Teaching-Learning Issues No. 53, Knoxville, Learning Research Centre, University of Tennesse.
Pha-Op Posakrisna. (1998). Ciri-ciri khas Bahasa Thai: Penulisan, pembacaan, pendengaran dan istilah diraja. (Laksana chapok khong phasa Thai: Karn khian karn-an karn fang lea racha sap). Bangkok: Ruamsarn.
Richmond, V. P., & McCroskey,J. C. (1992). Communication: Apprehension, Avoidance, and Effectiveness (3rd ed.). Scottsdale, AZ: Gorsuch Scarisbrick.
Supyan Hussin & Azhar Jaludin (2006). Kecemerlangan Dalam Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Kekangan Pelajar Asing Dalam Menggunakan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1): 52-62.
Thomas, J. (1972). The Variation of Memory with Time for Information Appearing During a Lecture”. Studies in Adult Education, 4(2): 57-62.
ดาวน์โหลด
เผยแพร่แล้ว
รูปแบบการอ้างอิง
ฉบับ
ประเภทบทความ
สัญญาอนุญาต
ลิขสิทธิ์ (c) 2024 มนารอ : วารสารประเด็นอิสลามร่วมสมัย

อนุญาตภายใต้เงื่อนไข Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.